Friday, March 19, 2010

Sony Ericson K850i Vs NOKIA 95

Sungguh kagum, Sony Ericsson K850i cukup popular ini dengan menawarkan kamera Cyber-Shot 5 Megapixel, fungsi hebat seperti Auto Fokus, Flash Xenon, BestPic, pembaikan foto dan PictBridge. Ciri pembaikan foto secara Automatik memperbaiki keseimbangan cahaya agar imej yang lebih jelas, manakala fungsi BestPic sesuai untuk merakam objek laju. Rekaan telebimbit ini juga nipis dan di lengkapi skrin lebar 2.2 inci serta membolehkan anda melihat paparan imej secara potrait mahupun lanskap.

Anda juga boleh melakukan “blogging” gambar serta video dengan memuat naik rakaman menerusi kelajuan HSPDA (3G lah tu) ke laman blog. Kawalan pula mudah dengan adanya pilihan mod iaitu mod kamera, video dan gambar dengan satu pilihan butang. K850i memiliki memori terbina 40MB, pelayar XHTML, HTML suapan RSS, teknologi Bluetooth dan infra merah.

Gila Canggih. Satu lagi produk terbaik Nokia, N95 menawarkan komputer multimedia semua dalam satu menerusigajet kompak. Ia menampilkan fungsi GPS, kamera Carl Zeiss 5 Megapixel, fungsi kamkoder, PDA dan sokongan rangain keljuan tinggi HSPDA, WLAN, EDGE dan WCDMA serta membolehkan anda memuat turun fail besar 10 kali pantas berbanding menggunakan 3G. Dengan rekaan boleh luncur dua hala, skrin lebar 2.6 inci QVGA 16 juta warnanya juga menyokong paparan grafik 3D serta membolehkan pengguna menukar antara fungsi telefon telefon bimbit, hiburan dan pelayaran web dengan mudah.

Selain itu, anda boleh merakam video dalam format MPEG-4 atau 3GPP serta memain semula pada televisyen menerusi teknologi Plug and Play (UPnP). Akses mudah kepada Internet pula membolehkan anda berkongsi fail bersama individu lain dn boleh memuat naik ke laman Web popular seperti Flickr atau laman blog pilihan anda. Ciri lain yang boleh didapati adalah pembesar suara terbina dengan kesan 3D, jek audio 3.5mm, memori terbina 160MB yang boleh diluaskan dengan kad micro SD, USB mini, fungsi WiFi 802.11 b/g, Bluetooth serta banyak lagi...

more important...i like tis link..try n c...http://www.mobile-review.com/review/sonyericsson-k850-cam-en.shtml#5

No comments:

Post a Comment